Syarat Penyertaan
- Pertandingan ini dibuka kepada semua Pensyarah Kolej Komuniti, Pensyarah Politeknik dan Pensyarah MTUN di seluruh Malaysia.
- Setiap kumpulan peserta perlu menghantar maklumat penyertaan dengan mengisi kesemua maklumat yang dikehendaki semasa proses pendaftaran online dan Abstrak, Poster dalam fail format .ppt atau .pptx, serta Laporan dalam fail format .doc atau .docx. Penyertaan akan disaring oleh panel penilai dan bergantung kepada kuota kategori / bidang yang dipertandingkan. Setiap kumpulan juga perlu teliti dalam memilih kod kategori penyertaan berdasarkan maklumat di menu kategori penyertaan. Mana-mana bahagian yang tidak mengikut format yang ditetapkan akan ditolak oleh Urusetia.
- Setiap penyertaan produk inovasi TIDAK boleh melebihi TIGA (3) orang peserta.
- Peserta yang berjaya disaring akan dimaklumkan di laman web ini pada 28 Ogos 2018.
- Yuran pendaftaran sebanyak RM200 (bagi kategori Tertutup) dan RM250 (bagi kategori Terbuka) bagi setiap penyertaan hendaklah dibayar pada atau sebelum 3 September 2018. Yuran pendaftaran hanya diterima dalam bentuk TUNAI sahaja.
- Setiap penyertaan akan diberikan SATU (1) Sijil Penyertaan (satu peserta satu sijil penyertaan) dan SATU (1) Sijil Pingat serta Plak (Jika berkenaan). Sebarang permintaan untuk penambahan sijil tidak akan dilayan.
- Nama yang tertera di dalam sijil adalah berdasarkan ejaan dan turutan semasa pendaftaran online.
- Perserta yang berjaya TIDAK DIBENARKAN MEMBUAT SEBARANG PERUBAHAN nama ahli kumpulan, tajuk dan kategori pertandingan.
- Pihak penganjur hanya menyediakan satu booth untuk setiap produk, satu power point dan wifi untuk akses internet sahaja. Lain-lain peralatan yang menjadi keperluan peserta semasa pertandingan berlangsung adalah di bawah tanggungjawab peserta.
- Peserta perlu menjaga kebersihan tempat sepanjang pertandingan itu berlangsung. Peserta DILARANG membuat sebarang pengubahsuaian atau menggerudi atau memaku mana-mana tempat di kawasan pamerannya. Sila guna sticker/double sided tape untuk poster anda. Sebarang kerosakan pada booth akan ditanggung oleh peserta.